Feeds:
Posts
Comments

Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan bagi melewatkan proses penuaan, terutama bagi mereka yang berumur 30an.

cantik

Kawal Pemakanan – Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak
kafein, minuman ringan dan makanan ringan. Cuba elakkan dari mengambil “fast food” terlalu kerap.

Guna Pelembap Yang Sesuai – Apabila umur anda menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Anda perlu hati-hati semasa pemilihan krim. Harga tidak penting dan tidak semestinya yang mahal saja sesuai dengan anda.

Minum Banyak Air – Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan. meminum banyak air. Ini kerana, air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan anda mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Elakkan Bermekap Tebal – Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan anda nampak lebih tua dan garang.

Sentiasa Bersenam – Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Jika  ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Berbasikal juga merupakan aktiviti yang baik.

Selamat Mencuba Tips-tips ini

Awet muda dengan Urutan?

Sekarang ini ramai wanita yang berkerjaya, sibuk di pejabat dan kemudian di rumah pula. Jadi jika kita tidak menjaga badan kita, ia akan lama kelamaan mulai sakit di sana di sini..wajah pun mulai kelihatan tua dari yang sepatutnya..umur masih muda dalam 30an, ada yang mulai sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.

Jadi apa masalah kita sebenarnya? Tubuh kita perlukan rehat juga, salah satu cara untuk relax tubuh kita ialah dengan mengurut badan dengan betul. Walaupun banyak perkhidmatan urutan ada di pasaran, anda harus pastikan urutan itu bersesuaian dengan anda.

Dicadangkan anda mengurut badan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia baik untuk memcah lemak dan melancarkan perjalanan darah. Pada masa yang sama tubuh anda dapat relax dan ini secara tidak langsung dapat membantu proses awet muda.

Cubalah dan anda lihat kesannya nanti.

Khas Untuk Wanita Sahaja

Sesuai bagi anda yang letih atau rasa lenguh-lenguh badan. Apa kata sekali-sekala manjakan diri anda dengan Urutan Tradisional ini.

Sayangilah Diri Anda

 

urutan tradisional

Urutan tradisional sememangnya telah menjadi amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi dan amat penting bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan terutama bagi mereka yang sudah mencecah usia 30-an.

Rawatan urut tradisonal bukan sahaja penting untuk wanita lepas bersalin, tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas seharian penat berkerja.

Kebaikan Urut Tradisional
Membantu menghilangkan pening dan migrain.
Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan angin dan darah toksid serta melancarkaan peredaran darah tersumbat.
Membantu meringankan tubuh dan menajamkan penglihatan.
Membantu memecahkan lemak, kolestrol dan mengeluarkan peluh.
Membantu melegakan ketegangan urut leher, stress, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki..

Cuma, jangan lupa contact kami dahulu untuk temujanji ya.

Call atau sms ke 017-4197969 (Puan Rina)

PROMOSI SEHINGGA 30 NOV 2012

Dapatkan 2 jam terapi Dr. Health PERCUMA (bernilai RM10) dengan setiap Urutan Seluruh Badan.

Minuman teh herba akan dihidangkan sebelum urutan dijalankan.(membantu membuang angin dari badan)

******************************************************************************

Persediaan Untuk Urutan:

Puan-puan yang telah menempah perkhidmatan harus bersedia awal 10 minit sebelum masa temujanji.

Pembatalan Temujanji: 

Kami memahami pihak pelanggan ada kalanya membatalkan temujanji di atas sebab tertentu. Jika pembatalan dilakukan, pelanggan diminta untuk memaklumkan mengenainya 3 jam lebih awal.

Masalah Kesihatan:

Pihak pelanggan adalah tidak digalakkan menjalani perkhidmatan jika mengidap masalah jantung, tekanan darah yang terlalu tinggi atau mengandung. Nasihat doktor hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Bayaran perkhidmatan :-

URUTAN SELURUH BADAN RM 45.00

URUTAN PINGGANG RM25.00

URUTAN KEPALA RM 15.00

Jadilah ahli Nz Prestige dan dapatkan diskaun 5% ke atas servis kami.